fbpx

Baru-baru ini Hidayah Centre Foundation telah mengadakan perjumpaan bersama pentadbiran Masjid Mu’adz bin Jabal, Setiawangsa bagi membincangkan kerjasama bagi penubuhan biro Dakwah Masyarakat Majmuk.

Dalam majlis tersebut, Tuan Noli Husain, Pengurus Wilayah Tengah HCF telah membentangkan cadangan kolaborasi juga penubuhan biro dakwah masyarakat majmuk kepada barisan pentadbiran masjid yang diwakili oleh Dato’ Sri Zakaria, Pengerusi Masjid Mu’adz Bin Jabal juga bersama beberapa orang yang lain.


Pihak pentadbiran masjid berbesar hati menerima pelawaan penubuhan juga kerjasama yang bakal dilaksanakan ini. Kerjasama ini merupakan satu usaha bersepadu bagi memupuk kesedaran berdakwah di kalangan penduduk tempatan.

Terlebih dahulu, masjid juga telah membuka peluang untuk Tuan Haji Nicholas Sylvester, CEO Hidayah Centre Foundation menyampaikan tazkirah Jumaat bertajuk Dakwah kepada Non Muslim yang dihadiri kira-kira 2000 orang jemaah masjid. Alhamdulillah..Jom! Kongsi pahala bersama HCF dalam usaha menyampaikan Islam dan menyantuni mualaf. Layari www.dahsedekah.com.

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf
#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami