fbpx

KURSUS BUAT TENAGA PENGAJAR MUALAF.

Melawati- Alhamdulillah, pada hari Sabtu dan Ahad, 6 hingga 7 Mac 2021 baru-baru ini, lebih 80 orang peserta telah mengikuti kursus “Training of Trainer” ( T.o.T) Tenaga Pengajar Mualaf Hidayah Centre Foundation (HCF).
.
Kursus yang dijalankan secara dalam talian menggunakan aplikasi zoom ini telah dihadiri oleh tenaga pengajar dari seluruh Malaysia termasuk dari Sabah dan Sarawak. Pada tahun 2021 ini sahaja , sebanyak 46 buah kelas bimbingan mualaf telah dijalankan di seluruh Malaysia oleh tenaga pengajar mualaf Hidayah Centre Foundation.


Kursus latihan sebegini begitu penting bagi memastikan kualiti modul pembelajaran dapat dijalankan sebaiknya selari dengan pertambahan bilangan kelas bimbingan mualaf di seluruh negara.
.
Antara slot program yang diikuti para peserta dalam kursus kali ini adalah slot halatuju pendidikan saudara baru, kemahiran komunikasi, perbincangan tatacara yang terbaik, memahami psikologi mualaf, cara penyampaian pembelajaran yang berkesan serta sesi latihan dalam kumpulan.
.
Diharapkan semua peserta dapat mengambil manfaat daripada kursus yang telah dijalankan ini dan sekali gus membantu para pengajar dalam meningkatkan ilmu penyampaian pembelajaran serta santunan saudara baru dengan lebih berkesan lagi.InsyaAllah.

Jom berkongsi pahala bersama HCF dalam usaha menyampaikan Islam dan memperkasakan mualaf:
?www.dahsedekah.com
?www.dahsedekah.com

#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf
#RakanHidayah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top