fbpx

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN JAWI FOOD BANK KEPADA SAUDARA BARU HCF.

Kuala Lumpur, 6 Mac 2021- Pada hari Sabtu baru-baru ini, Hidayah Centre Foundation telah menerima sumbangan JAWI Food Bank berupa 40 kotak keperluan asas bernilai RM100 bagi setiap pek yang akan diedarkan kepada 40 orang mualaf santunan HCF. . Majlis serahan JAWI Food Bank ini telah disempurnakan oleh Pengarah JAWI, YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail diiringi Puan Maizura Shamsuddin, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah Cawangan Kebajikan Saudara Baru di lobi Kompleks Pusat Islam JAWI. Tuan Noli Husain, Pengurus Wilayah Tengah HCF telah mewakili Hidayah Centre Foundation bagi menerima JAWI Food Bank ini. Beberapa orang mualaf turut hadir bersama sebagai simbolik penyerahan sumbangan JAWI Food Bank.

.

Secara keseluruhannya, sebanyak 101orang mualaf telah menerima manfaat dari JAWI Food Bank yang telah diedarkan juga melalui Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Amaniah Muslim Care Center (AMCC) & Jam’iyah. Alhamdulillah. . Terima kasih juga diucapkan buat sukarelawan Rakan Hidayah, Atiqah & Aqilah yang turut hadir mewakili mualaf Hidayah Centre Foundation Bandar Tun Razak untuk menerima JAWI Food Bank ini.

Semoga sedikit sebanyak sumbangan ini dapat membantu meringankan bebanan mualaf dalam fasa pandemik Covid-19 ini.

.

Jom! bersama HCF dalam usaha menyampaikan & memperkasakan mualaf dengan sumbangan ke www.dahsedekah.com . Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf . #HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top