fbpx

Majlis Akad Nikah saudara baru

31 Disember 2020
Khamis
HCF Sibu
.
Pada 31 Disember 2020, Khamis, Hidayah Centre Foundation Sarawak Cawangan Sibu sempat untuk menghadiri Majlis Akad Nikah saudara baru kita, Saudara Muhammad Jazmi Salahuddin Bin Ribut di Pejabat Agama Islam Bahagian Sibu.
.
Majlis Akad Nikah tersebut juga telah dihadiri oleh kedua keluarga pasangan dan diraikan di sana. Saudara Jazmi memeluk Islamnya pada tahun 2020. Kenal Islam atas asbab diri sendiri untuk mencari kebenaran. Siapa sangka, dalam tahun 2020 juga, Allah berikan rezeki jodoh dan dilangsungkan Majlis Akad Nikahnya pada hari terakhir untuk tahun 2020, 31 Disember. Alhamdulillah.
.
Untuk itu juga, kami dari Hidayah Centre Foundation Sarawak turut mengucapkan tahniah kepada saudara baru kita ini dan terus berdoa supaya pernikahan ini menjadi jambatan yang kuat bagi Muhammad Jazmi Salahuddin Bin Ribut serta isterinya untuk terus mengenali dan belajar tentang Islam. Tahniah kami ucapkan!
.
?Info lanjut mengenai HCF:
?Web: www.hidayahcentre.org.my
?Instagram: https://instagram.com/hidayahcentrefoundationsarawak
?Telegram: https://t.me/buletinHCF
?Kongsi Pahala: www.dahsedekah.com
.
#HidayahCentreFoundationSarawak
#SampaikanIslamSantuniMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top