Alhamdulillah, baru-baru ini sukarelawan Rakan Hidayah Ampang Jaya juga IKRAM Ampang Jaya telah berkesempatan membeli barangan makananan keperluan, hasil sumbangan orang ramai melalui kempen Hidayah Food Bank..Mualaf yang memerlukan telah dikenalpasti dan terus dihubungi untuk menerima sumbangan berupa pek makanan kering Hidayah Food Bank.
.
Sebanyak 20 pek makanan telah disalurkan kepada mualaf yang berkelayakan bagi meringankan bebanan mereka yang melalui fasa getir pandemik Covid-19 ini. Sedikit sebanyak, sumbangan ini membantu melegakan kesempitan hidup yang mereka hadapi dalam waktu yang mencabar ini.Alhamdulillah.
Terima kasih diucapkan buat semua penyumbang budiman yang bersama-sama menghulurkan bantuan menaja pek makanan serendah RM30. Semoga Allah melimpahkan kebaikan yang banyak buat semua penyumbang dan keluarga.
.
Bagi yang ingin bersama membantu, boleh rujuk ke poster Hidayah Food Bank yang disertakan.
Hantarkan bukti sumbangan ke https://wa.me/601160552445 (Sis Hidayah).
Sampaikan Islam, Santuni Mualaf.
#HidayahCentreFoundation
#HidayahFoodBank