fbpx

PRIHATIN FRONTLINERS: Projek Pembelian PPE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan/Puan yang dirahmati ALLAH,

Umum mengetahui keadaan Frontliners dalam medan peperangan wabak COVID-19 di Sabah yang masih memerlukan bantuan PPE.Dengan ini, usaha murni Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan & Yayasan Mualaf Malaysia dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Hidayah Centre Foundation serta pelbagai agensi menganjurkan Projek Pembelian PPE – Prihatin Frontliners.

Jumlah sasaran kutipan dana RM50,000.00
Sebagai modal pembelian Pakaian Pelindungan Diri (PPE) untuk disumbangkan kepada Barisan Depan Hospital Sabah.
1. 4000 paket Nasi Ayam akan dijual sebagai kutipan dana dari pihak umum pada harga RM13/sepeket
2. Makanan yang dijual akan diagihkan kepada golongan Asnaf dan mereka yang memerlukan serta terjejas akibat Covid 19.
3. Pakej 100 paket ada dijual pada harga RM 1300 sebagai dana kilat
4. Kami juga mengalu-alukan derma secara ikhlas ke tabung PKMC kepada yang ingin menyumbang tanpa membeli Nasi Ayam.
5. Pembelian anda akan diagihkan kepada Frontliners dan golongan Asnaf, Anak Yatim, warga emas dan mereka yang memerlukan. ✅ 100% hasil jualan disalurkan kepada Dana PPE✅ Urusan Pengagihan Makanan yang dijual akan diuruskan pihak JAWI kepada golongan Asnaf, Anak-Anak Yatim dan Fakir Miskin.
.
Marilah kita bersama sama menghulurkan bantuan kepada wira Barisan Depan di Sabah.
Semoga sumbangan anda menjadi Amal Jariah yang berpanjangan.
Sumbangan anda boleh disalurkan kepada: Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan;RHB – 2 1444 6000 6739 5
Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan , sila hubungi kami di talian +60163854818 (Cik Elisa)

#PertubuhanKebajikanMohdChan
#KitajagaKita#Alhamdulillah
#MohdChanCares
#MusaadahCovid19
#FightCovid19

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top