fbpx

SUMBANGAN TABUNG KECEMASAN COVID-19 DIEDARKAN KE PEDALAMAN SABAH

Alhamdulilah pada 1 November 2020, Hidayah Centre Foundation Cawangan Kota Kinabalu (HCKK) telah berjaya mengagihkan sumbangan berupa barangan keperluan dapur kepada 21 buah keluarga asnaf saudara baru di sekitar Tuaran, Telipok dan Putatan. .Mereka yang terlibat ini semua merupakan golongan yang terjejas dan sangat memerlukan keperluan makanan asas sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dijalankan di Sabah.


Terdapat keluarga yang sememangnya telah kehabisan bekalan makanan sehinggakan kehadiran HCF sangat mereka nantikan dan di sambut dengan ucapan terima kasih juga linangan air mata. .Terima kasih kepada staff Hidayah Centre Sabah khususnya akhi Azrie dan ukhtu Wafa yang turun padang menyampaikan bantuan. Moga usaha ini dapat memberikan kebahagian kepada muallaf santunan HCF.


Terima kasih buat para penyumbang yang budiman.

Tabung Kecemasan COVID-19 ini masih menerima sumbangan agar lebih ramai yang terkesan turut dibantu ?.

⚠️Salurkan sumbangan anda melalui link: https://bit.ly/HCFcovid193

atau ke akaun bank Hidayah Centre Foundation:
? Maybank 5622 0962 4421
? Bank Islam 1211 3010 0494 33
? Bank Rakyat 1104 6100 0356
?Rujukan: covid19.

?Pertanyaan: https://wa.me/60134668794 (Azrul).

Sampaikan Islam, Santuni Mualaf.
#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top