HARI ARAFAH: DIAMPUNKAN DOSA DAN WAKTU DOA MUSTAJAB
.
عَنْ ابْنِ الْمُسَيَّبِ قَالَ قَالَتْ عَائِشَةُ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِي بِهِمْ الْمَلَائِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلَاءِ
.
Daripada Ibnul Musayyab ia berkata, Aisyah berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang daripada neraka adalah hari Arafah. Allah mendekati mereka lalu Allah membanggakan mereka (menunjukkan keutamaan) kepada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?” [Sahih Muslim No. 3354]. Status: Hadis Sahih
.
Pengajaran:
.
- Antara keutamaan Hari Arafah ialah mendapat keampunan Allah.
Ibnu Rajab al-Hambali mengatakan: Hari Arafah adalah hari pembebasan daripada api neraka. Pada hari itu, Allah akan membebaskan siapa saja yang sedang wukuf di Arafah dan penduduk negeri kaum muslimin yang tidak melaksanakan wukuf. Oleh kerana itu, hari setelah hari Arafah iaitu hari Aidiladha adalah hari raya bagi kaum muslimin di seluruh dunia. Baik yang melaksanakan haji dan yang tidak melaksanakannya, sama-sama akan mendapatkan pembebasan daripada api neraka dan ampunan pada hari Arafah.
.
- Selain daripada tuntutan berpuasa sunat pada hari Arafah bagi yang tidak menunaikan ibadat haji, digalakkan juga untuk memperbanyakkan berdoa kerana hari Arafah antara sebaik-baik waktu dan tempat berdoa.
عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, Nabi SAW bersabda: Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah: “LAA ILAAHA ILLALLAHU WAHDAHUU LAA SYARIIKALAHU LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WAHUWA ‘ALAA KULLI SYAI’IN QADIIR (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi–Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu)”. [HR. Tirmizi no. 3509]. Status: Hadis Hasan.
.
- Antara tempat doa mustajab adalah di padang Arafah dan pada hari Arafah bermula selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah.
. - Syaikh Sholih al-Munajjid menyatakan: Mustajabnya doa tersebut adalah umum, sama ada yang menunaikan ibadat haji ataupun yang tidak menunaikan haji disebabkan keutamaan yang ada adalah keutamaan hari Arafah. Sedangkan yang berada di Arafah (yang sedang wukuf pada tanggal 9 Zulhijjah), ia bererti menggabungkan antara keutamaan waktu dan tempat.
. - Antara zikir yang paling baik dilafazkan ialah
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
.
- Rebutlah peluang kelebihan hari wukuf di arafah dengan puasa sunat (bagi yg tidak mengerjakan ibadat haji) dan perbanyakan doa dan zikir.
.
Sampaikan Islam, Santuni Mualaf