fbpx

Syahadah Jumaat

Alhamdulillah, di hari Jumaat yang mulia ini, Bro Jacob memilih untuk melafazkan syahadahnya di Hidayah Centre Bandar Tun Razak. Seminggu sebelum itu beliau telah datang untuk berbincang bagi mendapat maklumat tentang apa yang perlu beliau lakukan selepas menjadi seorang muslim.

Hari Jumaat yang mulia ini, beliau turut ditemani oleh 3 orang rakan sepejabat beliau yang menjadi saksi syahadah dan insyaAllah akan turut bersama membimbing beliau semasa di pejabat nanti. Semoga bro Jacob dipermudahkan untuk istiqamah datang belajar dan menjadi seorang muslim yg baik

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top