Warga Papua New Guinea bersyahadah di Malaysia

Alhamdulilah, baru-baru ini seorang pelancong dari Papua New Guinea, Nelson telah selamat melafazkan dua kalimah syahadah di Masjid Wilayah.
.
Lafaz syahadah ini telah dipimpin oleh Saudara Azim Sholehin Abdul Shukor , Timbalan Pengerusi JKAI Belia Harmoni Malaysia yang turut disaksikan oleh saudara Afif Firdaus Bin Noli, Mantan Timbalan JKD Belia Harmoni Pusat.
.
Nelson bertekad mengambil keputusan memeluk agama Islam setelah bermimpi mengenai Islam adalah agama kedamaian yang paling benar di dunia. Selain itu, beliau telah mula mengkaji ayat al quran sejak beberapa tahun yang lalu.
.
Alhamdulillah, bersama kita doakan semoga beliau terus istiqomah juga kekal dalam islam. Aamin.


Sampaikan Islam, Santuni Mualaf
.
#HidayahCentreFoundation
#Syahadah
#Reverts
#SuaraMualaf
#SaudaraBaru

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top