fbpx

Aktiviti Sampaikan Risalah Islam [ASRI] di Hulu Langat.

Hulu Langat, 18 Januari 2020 – Rakan Hidayah Hulu Langat dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation telah menganjurkan Aktiviti Sampaikan Risalah Islam (ASRI) di beberapa tempat sekitar MRT Taman Suntex dan Pasar Pagi Batu 9, Hulu Langat.
.
ASRI yang bermula jam 9 pagi ini, bertujuan berkongsi mengenai mesej keindahan Islam dan memperbetulkan salah faham terhadap Islam. ASRI ini telah dihadiri oleh 5 orang rakan hidayah dan seorang staf HCF. Antara aktiviti yang dijalankan adalah membuka booth bahan bacaan mengenai Islam, memberi soalan kaji selidik dan pemberian cenderahati berupa limau mandarin dan coklat sempena Tahun Baru Cina
.
Seramai 32 orang daripada masyarakat belum Islam didekati dan disantuni dalam aktiviti berkenaan. Aktiviti yang berakhir pada jam 12.00 tengahari, disudahi dengan perbincangan untuk melonjakkan lagi dakwah dalam program-program akan datang. InsyaAllah


Sampaikan Islam, Santuni Mualaf
.

HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top