Tarikh : 16 Januari 2020
Masa : 3 pm – 5 pm
Tempat : Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis
Pada 16 Januari 2020 yang lalu, Hidayah Centre Foundation Cawangan Perlis, One Centre Malaysia dan I Bantu Perlis telah bersama-sama menjalankan aktiviti ziarah hospital di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar Perlis.
Aktiviti seperti ini banyak memberi manfaat dan pengajaran kepada para peserta dan para pesakit yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
Nilai utama ialah demi mengeratkan silaturahim sesama manusia dapat diterjemah semasa aktiviti ini dijalankan.
Moga muafakat dan keharmonian dalamkepelbagaian kaum dan agama di Malaysia tetap terpelihara.
Sampaikan Islam, Santuni Mualaf