fbpx

Baru-baru ini, staff wanita Hidayah Centre Foundation(HCF) telah menziarahi Puan Fatimah Exsaudina Silaban, mualaf santunan HCF di kediaman beliau sekitar Gombak. Beliau yang lebih mesra membahasakan diri sebagai Kak Fatimah diuji dengan penyakit kanser payudara tahap 3.

Sebenarnya beliau pernah menjalani pembedahan untuk rawatan kansernya beberapa tahun yang lalu. Walaubagaimanapun, penyakit kanser ini menyerangnya kembali baru-baru ini. Beliau telah menjalani semula prosedur pembedahan di Hospital Putrajaya.

Kini, beliau masih dalam proses pemulihan dan masih mendapatkan rawatan kemoterapi di hospital berkenaan. Tahap kesihatannya agak merosot disebabkan sel darah putihnya yang kian berkurangan. Kami menziarahi beliau bagi bertanyakan khabar kesihatannya memandangkan beliau sudah agak lama tidak dapat hadir ke kelas bimbingan mualaf kerana masalah kesihatannya ini.

Kehadiran kami disambut baik oleh kak Fatimah dan dua anak kandungnya. Semoga dengan kehadiran kami ini sedikit sebanyak dapat memotivasikan lagi beliau dalam menghadapi ujian kesihatan ini. Sama-sama kita doakan semoga kak Fatimah terus diberikan kesembuhan dari penyakit yang dihidapinya dan terus tabah dalam menjalani kehidupan.

Sampaikan Islam, Santuni Mualaf

#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami