fbpx

Mosque Open Day, Masjid Imam Tirmizi, Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur, 10 Nov 2019 — Alhamdulillah selesai menyantuni tetamu non Muslim yang hadir ke Mosque Open Day di Masjid Imam Tirmizi, Kuala Lumpur yang telah berlangsung selama dua hari dari 9 hingga 10 November 2019 baru-baru ini.

Tahniah kepada Ketua Imam, Ustaz Ammar Muzakir dan seluruh Ahli Jawatankuasa Masjid Imam Tirmizi yang sudi bekerjasama untuk meraikan komuniti bukan Islam ke masjid. Objektifnya tidak lain tidak bukan agar keindahan Islam dapat dikongsi bukan sahaja kepada komuniti muslim tetapi juga bukan muslim di kawasan kejiranan sekitar masjid.

Pihak Hidayah Centre Foundation Kuala Lumpur turut mengambil kesempatan menyantuni non Muslim yang hadir dengan mengadakan aktiviti masjid tour. Pelbagai reaksi positif dari para pengunjung non Muslim yang hadir apabila pertama kali diajak masuk ke dalam masjid.

Hadir bersama memeriahkan majlis ini ialah YB Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai bagi merasmikan Mosque Open Day di masjid ini.

Akhirnya, jutaan penghargaan kepada semua ahli Rakan Hidayah yg terlibat menjayakan program kita pada kali ini. Semoga hidayah Allah terus sampai dan dirasai setiap insan di mana pun kita berada.

#MosqueOpenDay2019
#MasjidImamTirmizi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top