fbpx

Bantu Mualaf Fahami Isi al-Quran

Assalaamu’alaikum wrh wbh, alhamdulillah di hari Jumaat yang bahagia. Kami doakan para dermawan budiman terus sihat wal’afiat dan bersemangat dalam tugasan harian. Moga mendapat keberkatan di hari yang mulia ini. Amin.

Sejak 2011, Hidayah Centre Foundation Cawangan Sabah (HCS) masih terus bersemangat menyantuni mualaf dan berkongsi mesej Islam kepada masyarakat pelbagai etnik di Sabah. Dalam kami menyantuni mualaf yang kini mencecah 5,000 orang, kami sangat sangat memerlukan sokongan dan dokongan daripada para dermawan kepada kami.

Alhamdulillah sejak 2017, HCS telah menyumbangkan hampir 800 naskah terjemahan Al-Qur’an kepada mualaf di bawah santunan dan bimbingan kami. Jazakumullahu khoiron jaza kepada dermawan sekalian kerana terus menyokong gerak kerja ini. Moga Allah merahmati kalian sekeluarga.

Walaubagaimanapun, ia mashi belum mencukupi…..kami target sehingga tahun 2020, kami ingin menyerahkan 2,000 naskah terjemahan Al-Qur’an kepada para mualaf. Kenapa kami bagi terjemahan Al-Qur’an? Kenapa bukan bagi Al-Qur’an sahaja?

Lebih sedekad menyantuni mualaf, majoriti daripada mualaf ini tidak mampu membaca Al-Qur’an lagi….ia mengambil masa yang agak lama kalau mualaf ini tidak dibimbing dengan kelas bimbingan. Pengalaman kami yang sedikit ini, dapat merasakan majoriti mualaf yang kami santuni belum boleh membaca Al-Qur’an apatah lagi memahami ayat-ayat Al-Qur’an. Kerisauan kami adalah ramai mualaf yang menjadi Muslim tidak memahami Al-Qur’an. Ini boleh menyebabkan mereka jauh dan mungkin murtad jika mereka tidak dibimbing dan disedekahkan terjemahan Al-Qur’an untuk memahami kandungannya. Na’udzubillahi min zalik.

Jadi, melalui projek mini ini, kami ingin mengajak para dermawan sekalian untuk menyumbang kepada kami sama ada berbentuk wang atau pun terus hantarkan terjemahan Al-Qur’an kepada kami. Bayangkan dermawan sekalian, satu perkataan mualaf baca, faham dan amalkan, para dermawan dapat pahalanya. Kalau satu ayat mualaf baca, faham dan amalkan, para dermawan dapat lagi pahalanya. Allahu Akbar! Besarnya pahala para dermawan sekalian.

Jom menderma dan mewakafkan Terjemahan Al-Qur’an kepada HCS bermula sekarang. Kerana benda baik tidak elok ditangguh-tangguh. Rebutlah peluang keemasan ini kerana mati tidak kira waktu. Entah amal sudah terhitung ataupun belum.

Jom layari https://hidayahcentre.org.my/ansar/donation/pay/ atau whatsapp kami di 011-1881 2126. Tarikh tutup infaq 31 Disember 2019. Jom rebut peluang!

Ingat terjemahan Qur’an ingat mualaf yang belum fahami Qur’an.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami