fbpx

Kursus ‘DMM’ – Memahami Budaya, Agama Masyarakat Majmuk

Assam Kumbang, Taiping – Pada 14 hingga 15 September yang lalu telah diadakan Kursus Dakwah Masyarakat Majmuk di Masjid Al Hidayah di sini. Penglibatan seramai 35 orang sukarelawan yang terdiri dari Rakan Hidayah, dan jemputan memeriahkan lagi program ini.

Kursus yang berlangsung selama 2 hari ini berjalan dengan lancar. Walaupun cuaca tidak begitu baik dengan keadaan jerebu yang melanda negara sekarang ini, namun peserta tetap seria menjalankan tugasan-tugasan yang telah diatur sepanjang kursus.

Peserta berpeluang beramah mesra dengan masyarakat bukan Islam di Taman Tasik Taiping melalui slot street dakwah. Yang istimewanya kursus pada kali ini, slot street dakwah diadakan sebanyak 2 kali pada hari yang berbeza. Waktu petang pada 14 September dan waktu pagi pada 15 September. Peserta begitu semangat menyampaikan isi ceramah melaui pratikal ‘street dakwah’ tersebut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top