fbpx

Masjid Muhammadiah, Ipoh – Pada 7 September yang lepas telah diadakan sebuah Pesta Tanglung. Progra ini ialah anjuran Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), dan Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) negeri Perak. Pesta bermula seawal jam 5 petang.

Pelbagai aktiviti diadakan, diantaranya ialah praktikal membuat kuih bulan dan tanglung. Disamping itu, dibuka juga meja ‘goodies’ yang menyediakan kuih bulan dan tanglung percuma untuk pengunjung yang hadir.

Majlis juga diserikan lagi dengan kehadiran dan ucapan daripada pengarah JAIPk Dato Haji Mohd Yusop bin Yahya D.P.M.P , P.M.P, P.J.C. Beliau menyambut baik penganjuran program sebegini. Dengan keadaan Malaysia yang berbilang kaum, program ini menjadi langkah positif bagi mengeratkan tali silaturrahim di antara pelbagai kaum, terutamanya kaum yang beragama selain Islam.

Agenda utama pesta pada malam tersebut ialah perarakan yang diketuai oleh kumpulan tarian naga mengelilingi masjid. Peserta pada hari tersebut juga turut ikut serta berarak dengan membawa tanglung.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami