fbpx

Kerjasama antara HCF dan Maybank Islamic.

Kuala Lumpur – Pada hari Isnin, 30 Ogos 2019 baru-baru ini, Hidayah Centre Foundation telah melakukan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Maybank Islamic Jalan Maarof Kuala Lumpur .

Kunjungan hormat ini dilakukan bertujuan bertukar-tukar maklumat berkenaan aktiviti yang dijalankan Hidayah Centre Foundation dan Maybank Islamic. Turut diadakan adalah perbincangan mengenai kerjasama untuk projek-projek yang bakal dilaksanakan akan datang.

Selain itu, kunjungan ini juga telah dilakukan bagi mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian pihak Maybank Islamic yang telah memilih Hidayah Centre Foundation sebagai salah satu daripada penerima zakat bagi asnaf mualaf kategori pendidikan sepanjang tahun 2018 hingga tahun 2020. Alhamdulillah. Semoga sumbangan zakat ini dapat membantu usaha berterusan Hidayah Centre Foundation memberikan bimbingan pendidikan berkesan dalam usaha memperkasakan mualaf.

Dari kiri: Puan Hanim Hasan, Encik Andri, Tuan Hji Azhar Alias dari Maybank Islamic dan Tuan Haji Fakaruddin, Encik Abdul Ghaffar Syariff dari Hidayah CentreFoundation.

Dalam kunjungan ini Hidayah Centre Foundation diwakili oleh Ketua Perkhidmatan Korporat, Tuan Haji Fakharuddin Abdul Kudos, Pengurus Program dan Outreach, Encik Abdul Ghaffar Syariff dan Eksekutif Dana ,Encik Azrul Musa. Sementara pihak Maybank Islamic pula telah diwakili oleh Ketua Waqaf dan Pengurusan Zakat , Tuan Haji Azhar bin Alias , Naib Presiden Ketua Waqaf dan Pengurusan Zakat , Puan Hanim Hasan dan Eksekutif Kanan Waqaf dan Pengurusan Zakat ,Encik Andri .

Semoga banyak lagi kerjasama proaktif dapat dijalankan antara Hidayah Centre Foundation dan Maybank Islamic di masa akan datang ini.


Sampaikan Islam, Santuni Mualaf

#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top