fbpx

CLOSE THE SALE TRAINING (CTST) & AKTIVITI SAMPAIKAN RISALAH ISLAM (ASRI)

Ampang Jaya – Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada masyarakat umum, sukarelawan dan mualaf telah mengikuti latihan “Close The Sale” dan aktiviti sampaikan risalah Islam (ASRI) yang telah diadakan pada hari Ahad, 18 Ogos 2019 baru-baru ini.

Antara objektif dalam penganjuran program ini adalah bagi membekalkan para peserta latihan dengan teknik berdakwah yang efektif dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Program ini juga diadakan bagi melahirkan kesedaran dan semangat untuk menjalankan aktiviti dakwah kepada masyarakat bukan Islam di tempat masing-masing. Para peserta akan mengetahui teknik dan kaedah asas dakwah serta jawapan-jawapan kepada persoalan-persoalan dakwah seterusnya memperoleh keyakinan diri untuk berdakwah.

Aktiviti praktikal juga telah diadakan pada sebelah petangnya pula, dengan para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalani aktiviti sampaikan risalah Islam (ASRI). Sebahagian peserta melakukan aktiviti di Melawati Mall dan sebahagian lagi peserta menuju ke Wangsa Walk. Aktiviti sampaikan risalah Islam (ASRI) ini dapat meningkatkan keyakinan setiap peserta dalam menyampaikan Islam dengan berkesan kepada masyarakat bukan Islam yang mereka temui.

.

Sampaikan Islam, Santuni Mualaf

#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top