fbpx

HCF Menyantuni Mualaf Orang Asli

Alhamdulillah, team Hidayah Centre Foundation telah bekerjasama dengan team Volunteer Kuala Lumpur (VKL) dalam pelaksanaan ibadah korban di perkampungan orang asli Langkor di Perak. Ibadah korban ini telah dilaksanakan pada hari ke-2 Hari Raya Aidil Adha 1440H baru-baru ini.
.
Team Hidayah Centre Foundation seramai 7 orang bersama sukarelawan Rakan Hidayah telah bertolak pada petang hari raya pertama Aidil Adha dari ibu pejabat Hidayah Centre Foundation, Taman Melawati. Lewat petang itu, kami semua selamat sampai ke perkampungan orang asli Langkor disambut oleh penduduk orang asli.


Sebanyak 4 ekor lembu telah dikorbankan dimana salah seekornya adalah melalui program Qurban for Mualaf anjuran Hidayah Centre Foundation. Lebih 200 orang asli yang terdiri daripada para mualaf dari kampung berhampiran telah menerima bahagian korban ini. Sebahagian daging korban juga, telah diagihkan ke Kampung Orang Asli Saseh. Sebahagian daging korban juga telah dimasak oleh para sukarelawan sebagai hidangan makanan tengah hari kepada semua yang terlibat.

Penyembelihan lembu telah dijalankan seawal jam 7 pagi dengan kerjasama penduduk orang asli juga dari kampung yang berhampiran. Proses melapah juga membungkus daging korban yang dibungkus sebanyak 2kilogram setiap bungkusan telah siap dilaksanakan kira-kira jam 1.00 petang. Kesemua yang terlibat telah dijamu dengan hidangan jamuan tengah hari yang dimasak oleh para sukarelawan.


Petang itu, kami semua bergerak pula dengan berkonvoi 3 kenderaan bagi mengedarkan daging korban kepada penduduk Kampung Orang Asli Saseh yang terletak kira-kira 30kilometer dari Kampung Langkor. Sesi pengagihan daging korban telah diadakan di perkarangan rumah tok batin , Abdullah bin Ngah. Seramai 23 keluarga telah menerima bungkusan daging korban yang diagihkan. Alhamdulillah.

Pada sebelah malamnya pula, kami membentang kanvas di halaman rumah orang asli dan mengajak semua bersama-sama menunaikan solat maghrib berjemaah. Alhamdulillah, sambutan yang diterima agak memberangsangkan dengan kehadiran pemuda-pemuda orang asli. Selepas solat maghrib berjemaah, takbir juga bergema dilaungkan bersama-sama. Pengalaman yang cukup indah bagi team HCF yang dapat bersama-sama menyantuni golongan mualaf di perkampungan orang asli ini. Alhamdulillah.


Sampaikan Islam, Santuni Mualaf
.
#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami