fbpx

Dakwah Masyarakat Majmuk Melatih Pendakwah

Melawati- Alhamdulillah Seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk Fasa 1.0 telah diadakan dengan jayanya pada hari Sabtu, 3 Ogos 2019 baru-baru ini anjuran ibu pejabat Hidayah Centre Foundation di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Seramai lebih 40 orang peserta telah mengikuti seminar yang diadakan seharian ini. Alhamdulillah, ini merupakan satu ukuran meningkatnya kesedaran untuk berdakwah dalam kalangan umat Islam di Malaysia.

Antara slot yang diadakan dalam seminar tersebut adalah kewajipan berdakwah & juga teknik-tekcnik berdakwah yang telah disampaikan oleh Tuan Wan Muhammad Wan Ibrahim dan Tuan Hj Morhali Osman. Slot lain yang disampaikan adalah memehami kepelbagaian kaum & budaya di Malaysia yang telah disampaikan oleh Cikgu Jumatun, Puan Rafiedah Veronica dan Puan Wan Ni Huang Abdullah. Dr Zaifuddin , pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia turut menyampaikan slot bertajuk bukti-bukti kebenaran Al-Quran daripada Allah.

Rata-rata peserta yang ditemui memberikan respon yang positif dengan seminar yang telah diadakan ini. Semoga ilmu yang dikongsikan bermanfaat untuk semua. juga dapat memotivasikan lagi usaha-usaha dakwah di Malaysia ini. Semoga keindahan Islam terus tersebar meluas ke seluruh dunia. InsyaAllah.

Sampaikan Islam, Santuni Mualaf
#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top