fbpx

Terharu Pertama Kali Raikan Aidiladha Setelah Bertahun Memeluk Islam.

Alhamdulillah, sempena sambutan Aidiladha tahun 2018, Hidayah Centre Foundation Cawangan Keningau (HCKu), Sabah telah berpeluang untuk menyantuni masyakarat mualaf di sekitar daerah Keningau. Blok Teratai Kampung Kota Ayangan, Keningau telah dipilih sebagai salah satu lokasi untuk pelaksanaan ibadah korban. Seramai lebih 300 orang asnaf yang terdiri daripada mualaf telah di santuni di Kampung Kota Ayangan tersebut.

Program Qurban for Mualaf ini telah diadakan bertujuan bagi menyantuni golongan mualaf agar dapat bersama-sama merasai keberkatan dan kemeriahan menjalankan ibadah korban ini. Islam telah bertahun lama tersebar ke Kampung Kota Ayangan ini , tetapi tiada sesiapa yang dapat mendidik para mualaf ini. Mereka telah diislamkan beramai-ramai tapa sebarang usaha memberikan pendidikan yang dapat memantapkan lagi iman mereka. Masyarakat pedalaman ini telah terlepas daripada pandangan masyarakat Islam yang lain yang menyebabkan akidah mereka terbiar.

Kehadiran Hidayah Centre Foundation membuatkan kebanyakan penduduk kampung begitu terharu sekali. Mereka begitu bersyukur dengan program Qurban for Mualaf yang diadakan ini kerana menurut mereka setelah bertahun memeluk Islam, inilah kali pertama dapat meraikan Aidiladha. Salah seorang mualaf wanita yang ditemui menangis terharu dan bersyukur dengan program yang diadakan ini. Sekian lama tiada program-program Islamik yang diadakan di kampung mereka.

Dikesempatan yang ada ini, wakil Hidayah Centre Foundation iaitu Ustazah Nooraidah Hidayah Lokuing telah mengambil kesempatan berkongsi kepada para mualaf mengenai adab-adab melaksanakan ibadah korban yang merangkumi aspek penyembelihan, pengagihan daging dan perkara-perkara berkaitan ibadah korban yang mengikut syarak. Seekor lembu telah dibawa menaiki lori ke pedalaman kawasan Keningau ini untuk dikorbankan bersama para mualaf. Daging lembu telah diagihkan kepada semua mualaf dan penduduk kampung tersebut.

“Daging Dan Darah Binatang Korban Itu Tidak Sekali-Kali Akan Sampai Kepada Allah, Tetapi Yang Sampai KepadaNya Ialah Amal Yang Ikhlas Yang Berdasarkan Taqwa Dari Mu. Demikianlah Allah Memudahkan Binatang-Binatang Itu Bagi Kamu Supaya Kamu Membesarkan Allah Kerana Mendapat Nikmat PetunjukNya. Dan Sampaikanlah Berita Gembira (Dengan Balasan Yang Sebaik-Baiknya) Kepada Orang-Orang Yang Berusaha Berusaha Berbuat Kebaikan.” (Surah Al-Haj 22:37)

Pertemuan yang pertama itu diteruskan lagi dengan bertanyakan keperluan-keperluan yang diperlukan oleh penduduk tempatan. Hidayah Centre Foundation juga telah mengambil inisiatif mengadakan kelas bimbingan mualaf kepada para mualaf dan ahli keluarga mereka.

Menurut Ustazah Nooraidah Hidayah Lokuing , pada tahun 2019 ini Hidayah Centre Foundation cawangan Keningau, Sabah mensasarkan 4 ekor lembu pula. Antara kawasan yang akan diadakan Qurban for Mualaf ini ialah di Kampung Kilambang, sekitar Nantabakan , sekitar Sook dan juga di sekitar Trusmadi. Semoga semua penyumbang yang budiman dapat membantu lagi usaha mengukuhkan akidah para mualaf ini. Keseluruhan sasaran bagi Qurban for Mualaf di Sabah adalah sebanyak 30 ekor lembu pada tahun 2019 ini.

Sekali lagi, sekalung penghargaan kami ucapkan khususnya kepada para penyumbang budiman yang terus memilih Hidayah Centre Foundation untuk melaksanakan ibadah korban melalui kempn Qurban for Mualaf pada tahun ini . Kami doakan semoga Allah melimpahkan rezeki yang berkat dan kebaikan yang banyak kepada kita semua.

Sampaikan Islam, Santuni Mualaf.

#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top