fbpx

Sesi Latihan ‘Close The Sale’ di Ipoh

Ipoh – Pada 7 Julai 2019, sebuah sesi latihan yang diberi nama ‘Close The Sale (CTS)’ telah dianjurkan di pejabat Pertubuhan IKRAM Negeri Perak. Seramai 15 orang peserta telah menyertai program selama satu hari ini. Program yang berkonsep teori dan praktikal lebih ringan dan pendek tempoh pelaksanaannya berbanding kursus Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk (DDMM)

Penceramah bagi sesi latihan kali ini didatangkan dari Hidayah Centre Foundation negeri Kedah, saudara Hafis Shafiq. Penyampaian yang santai membuatkan para peserta selesa untuk beriteraksi dengan penceramah, sekaligus menjadikan program lebih menarik.

Peserta yang menyertai program ini ialah dari kalangan Rakan Hidayah kawasan Ipoh. Hadir dari pelbagai latar belakang memberi peluang mereka berinteraksi bersama sendiri dan berkongsi pengalaman di dalam bidang dakwah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top