fbpx

Majlis Tautan Mahabbah Aidilfitri Saudara Muslim

Cyberjaya- Ribuan terima kasih diucapkan buat Bahagian Dakwah , Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang telah menjemput Hidayah Centre Foundation untuk bekerjasama dalam penganjuran Majlis Tautan Mahabbah Aidilfitri Saudara Muslim yang diadakan pada hari Rabu, 3 Julai 2019.

Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berhormat Puan Hajjah Fuziah Bt Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dalam ucapan perasmiannya, majlis yang julung-julung kalinya diadakan ini seharusnya diteruskan lagi di masa akan datang kerana mengumpulkan pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai agama dan bangsa. Majlis yang diadakan di Dewan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah , Cyberjaya ini telah dihadiri lebih 500 orang tetamu yang terdiri daripada saudara baru, orang kelainan upaya, anak yatim juga pelajar tahfiz.

Pelbagai acara telah diadakan sepanjang majlis berlangsung, antaranya ceramah mengenai ibadah puasa & sambutan aidilfitri yang disampaikan oleh Tuan Shah Kirit di awal majlis ini berlangsung. Kanak-kanak turut diraikan dengan penyampaikan hadiah duit raya buat semua yang hadir. Para tetamu telah dijamu dengan pelbagai makanan yang juga disediakan oleh NGO-NGO yang terlibat sama.

NGO PERKIM telah menyediakan juadah rojak pasembor, NGO MACMA pula menyediakan juadah itik panggang dan Hidayah Centre Foundation menyediakan kuih-muih juga buah-buahan buat semua tetamu yang hadir. Yang Berhormat Puan Hajjah Fuziah Bt Salleh juga turut berkesempatan melawat gerai-gerai makanan setiap NGO dan beramah mesra dengan semua tetamu yang hadir. Alhamdulillah.

Sampaikan Islam, Santun Mualaf.
#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top