fbpx

HCF Perak (Cawangan Ipoh) Bersama Di Dalam Program Ziarah Hospital

Ipoh – Program yang dimulakan oleh NGO IKRAM melalui sayap wanitanya dengan kerjasama agensi dan individu lain seperti SALIMAH, muslimat Masjid Abdul Rahman Auf, Taman Rapat Koperasi, IKRAM Health dan Hospital Raja Permaisuri Bainun ini telah dilakukan sejak dari bulan satu.

Program ini pada asalnya dijalankan bagi memberi penerangan dan semangat untuk pesakit-pesakit beragama Islam menunaikan solat. Kit wuduk, tayammum dan tatacara pelaksanaan solat semasa sakit diterangkan kepada pesakit oleh peserta program ziarah hospital ini.

HCF cawangan Ipoh mengambil peluang untuk bersama di dalam program ziarah ini. Seramai 7 orang terlibat semasa penyertaan kali pertama program ziarah ini yang diadakan pada 29 Jun yang lalu.

Program ziarah berkala ini akan diteruskan pada tarikh-tarikh yang dinyatakan di bawah :
27 Julai 2019 (Sabtu)
25 Ogos 2019 (Ahad)
29 September 2019 (Ahad)
26 Oktober 2019 (Sabtu)
23 November 2019 (Sabtu)
21 Disember 2019 (Sabtu)

Walau bagaimana pun, penyertaan bagi program ziarah hospital ini terhad. Bagi yang berkeinginan untuk turut serta di dalam program ini, boleh menghubungi wakil HCF Ipoh di talian 013-6908567.

Ayuh! Cepat! mari kita beramal

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top