fbpx

1 SYAWAL BERSAMA MUALAF HIDAYAH CENTRE FOUNDATION.

Alhamdulillah! Sambutan Hari Raya Aidilfitri mualaf santunan Hidayah Centre Foundation telah diadakan dengan jayanya di Pusat Komuniti IKRAM Ampang Jaya usai solat sunat Aidilfitri di hari raya pertama bulan Syawal ini.
.
Lebih 80 orang mualaf santunan ibu pejabat Hidayah Centre Foundation telah hadir bersama ahli keluarga dalam majlis yang berlangsung cukup meriah ini. Mualaf yang hadir terdiri dari pelbagai warganegara dan kaum antaranya Holland, Italy, Filipina, Poland dan Malaysia. Mereka juga telah dijamu dengan pelbagai makanan tradisi musim perayaan Aidilfitri iaitu ketupat, sate, kuah kacang dan pelbagai lagi.


Apa yang istimewanya lagi sambutan pada kali ini dikendalikan sendiri oleh para mualaf. Alhamdulillah, inilah antara cita-cita besar Hidayah Centre Foundation dalam memperkasakan mualaf. Mualaf dapat berdikari menganjurkan majlis dengan lancar sekali.
.
Semoga majlis yang diadakan ini mengeratkan lagi hubungan komuniti mualaf yang rata-ratanya tiada kampung untuk menyambut Hari Raya memandangkan keluarga mereka bukan beragama Islam. Senyuman yang terukir diwajah mereka pastinya membahagiakan kita semua. Alhamdulillah.


Sampaikan Islam, Santuni Mualaf
.
#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top