fbpx

650 orang mualaf dan keluarga bukan Islam diraikan HCF

Kuala Lumpur – Lebih 650 orang saudara baru beserta ahli keluarga yang bukan Islam turut hadir bersama-sama diraikan di Majlis Iftar Perdana Amal Hidayah Centre (MIPHC) di Tekelom Malaysia Convention Centre (TMCC).

Majlis yang bermula jam 5 petang itu dipenuhi pelbagai aktiviti menarik buat semua hadirin yang hadir. Bacaan Al-Quran telah dibacakan terjemahan dalam 3 bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa tamil. Pementasan teater bertajuk “Jalan Rahmah” telah dijalankan oleh produksi rumah cantik. Teater yang berkisar mengenai kehidupan mualaf dan cabaran yang dihadapi itu mendapat perhatian semua tetamu yang fokus memberikan perhatian

Usai pementasan teater, diadakan pula acara kuiz kepada mualaf dan tetamu bukan Islam. Soalan-soalan kuiz adalah berkisar mengenai pengajaran di sebalik teater yang di pentaskan dan juga asas agama Islam. Para tetamu begitu gembira kerana mendapat hadiah selepas menjawab soalan dengan betul.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Dr Hj Parid Sheikh Ahmad , Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia. Beliau turut menyampaikan anugerah kepada saudara baru iaitu Anugerah Saudara Baru Harapan kepada Nur Ain Sumaiyah bt Abdullah. Manakala Anugerah Saudara Baru Teladan dianugerahkan kepada Mohammad Firdaus bin Abdullah dan Anugerah Khas Saudara Baru diterima oleh Puan Siti Aisyah binti Abdullah.

Kesemua tetamu dikalangan mualaf dan yang bukan Islam turut menerima sumbangan berupa duit raya yang disampaikan oleh Dr Hj Parid dan Tuan Hj Nicholas Sylvester, CEO Hidayah Centre Foundation.

Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh artis Faizal Tahir yang menyampaikan lagu Adam dan Starfeather. Penyanyi dan penyampai radio Zayan iaitu Mawi dan Anas turut tidak ketinggalan menyumbang 2 buah lagu dalam majlis tersebut.

Ribuan terima kasih kami ucapkan buat semua penyumbang budiman yang bersama-sama menaja dan memberikan sumbangan untuk memastikan keberlangsungan majlis ini. Semoga Allah memberikan rahmat yang banyak buat semua yang menjayakan majlis ini. Alhamdulillah.

Sampaikan Islam, Santuni Mualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top