fbpx

Terima kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

Putrajaya – Pada hari Jumaat, 10 Mei 2019 baru-baru ini, Yayasan Kebajikan Negara Malaysia (YKN) telah menjemput seramai 40 orang saudara baru daripada Hidayah Centre Foundation dalam majlis berbuka puasa di Warna Warni Putrajaya International Convention Centre (PICC). Dalam majlid tersebut juga, kesemua saudara baru yang hadir telah menerima sumbangan ‘Ramadhan Pack’ yang berupa barangan keperluan harian daripada Yayasan Kebajikan Negara.


Tuan Haji Abdul Rahim Abdul Hamid, Pengurus Jabatan Saudara Baru HCF menerima replika cek dari Datin Paduka Che Asmah Ibrahim, CEO YKN.

Tuan Haji Abdul Rahim Abdul Hamid, Pengurus Jabatan Saudara Baru Hidayah Centre Foundation melahirkan rasa bersyukur dan mengucapkan ribuan terima kasih atas undangan ke majlis ini yang dapat menceriakan lagi semua saudara baru di bulan Ramadan ini.

Turut diraikan dalam majlis tersebut adalah lebih 100 orang anak-anak yatim daripada rumah jagaan terpilih yang menerima sumbangan daripada beberapa syarikat korporat iaitu antaranya Alliance Islamic Bank .

Alhamdulillah, jelas terpancar kegembiraan di wajah saudara baru juga anak-anak yatim sekalian kerana diraikan di majlis berbuka puasa bersama teman-teman yang lain.

Semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat mereka menjalani ibadah puasa dengan baik dan sempurna.

Terima kasih sekali lagi kami ucapkan buat Yayasan Kebajikan Negara dan Alliance Islamic Bank .

Jom kita rebut peluang dengan melakukan kebaikan bersama Hidayah Centre Foundation sepanjang bulan Ramadan yang penuh barakah ini.?
.
Sampaikan Islam, Santuni Mualaf.


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top