Mula-mula saya sangat takut nak masuk surau.

Setiawangsa – Pada hari Sabtu, 27 April 2019 baru-baru ini , telah diadakan Karnival 3K ( Kesihatan, Keharmonian dan Kemasyarakatan) di Dewan Komuniti Desa Rejang, PPR Desa Rejang. Lebih 1000 orang tetamu telah hadir yang terdiri daripada penduduk di sekitar PPR Desa Rejang.
.
Program ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Timbalan Menteri Wilayah dan YB Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program yang berlangsung bermula seawal jam 7.00 pagi hingga 2.00 petang ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong-royong membersihkan surau, pemeriksaan kesihatan percuma, free market, sumbangan ambang Ramadan, Jelajah surau, pertandingan mewarna dan pameran agensi kerajaan.
.

Program ini juga turut disertai oleh lebih 100 orang masyarakat bukan Islam. Seramai 10 orang penduduk bukan Islam telah mengambil kesempatan untuk memasuki ruang surau bagi mengikuti program jelajah Surau yang dikendalikan oleh Hidayah Centre Foundation. Salah seorang peserta program Jelajah Surau yang ditemui iaitu Shirley berkata ” awal tadi, saya sangat takut nak masuk surau. Sekarang saya sudah tak takut, dan suka dengan penerangan yang diberikan”.


Shirley antara salah seorang dari tetamu yang berkesempatan menyertai aktiviti Jelajah Surau. Beliau telah diberi penerangan mengenai aktiviti dan ibadah yang dijalankan di dalam surau. Beliau turut diberi penerangan ringkas mengenai asas-asas agama Islam. Kesempatan yang ada ini, juga membolehkan para peserta bukan Islam bertanya sebarang soalan kepada para pengiring yang terdiri daripada aktivis Hidayah Centre Foundation. Salah faham yang wujud antara masyarakat berbilang kaum juga dapat dielakkan dengan penganjuran program seumpama ini.

Sampaikan Islam, Santuni Mualaf

#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *