fbpx

Program Golf Amal Hidayah Centre Foundation 2019

Selangor – Pada 20 April 2019, Hidayah Centre Foundation telah menganjurkan Program Golf Amal Hidayah Centre Foundation 2019 (PGA HCF2019) di Kelab Golf Seri Selangor, Petaling Jaya, Selangor. Program Golf Amal HCF2019 kali ini merupakan penganjuran kali ketiga selepas program yang sama telah berlangsung pada tahun 2015 dan 2017.

Perasmian dilakukan dengan pukulan “tee-off”

Program Golf Amal Hidayah Centre Foundation 2019 ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Yang Berhormat Dato’ Amiruddin Hamzah, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia dengan melakukan pukulan “tee-off” di padang Kelab Golf Seri Selangor. PGA HCF2019 yang dianjurkan kali ini telah mendapat tajaan dari beberapa syarikat korporat iaitu Meranti Furniture, Iktisas Planners, Iktisas Ingernieurs, Profess Consultant dan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP).

Pukulan “tee-off” sebagai simbolik perasmian yang dilakukan oleh Yang Berhormat Dato’ Amiruddin Hamzah, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia

Seramai 60 perserta telah mendaftarkan diri untuk menyertai PGA HCF2019 kali ini dengan sejumlah 15 flight telah terjual. PGA HCF2019 diadakan dengan objektif untuk mengumpul dan menyuntik dana bagi menampung kos aktiviti dan operasi HCF sepanjang tahun 2019. Selain daripada itu, program ini juga bertujuan untuk membina hubungan di antara HCF, korporat serta individu-individu yang berpotensi untuk membantu HCF pada masa akan datang. PGA HCF2019 kali ini telah berjaya mengumpulkan wang kutipan sejumplah hampir RM50,000 hasil sumbangan korporat dan individu.

Diharapkan program ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang dengan skala yang lebih besar dan mendapat penyertaan yang lebih banyak lagi dari pelbagai pihak. Moga lebih banyak lagi pihak korporat yang tampil menyatakan sokongan dan menyalurkan sumbangan bagi bersama-sama membantu usaha Hidayah Centre Foundation dalam menyampaikan Islam dan pemerkasaan mualaf.

Sampaikan Islam, Santuni Mualaf
#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top