HCF mengisi slot Kursus Pendakwah Profesional di INTIM Perak

INTIM, Ipoh – 17 April yang lalu HCF telah dijemput untuk mengisi slot di dalam kursus pendakwah profesional anjuran Majlis Permuafakatan Pegawai Tadbir Agama Perakk (MPPTA) dan Institut Tadbiran Islam Negeri Perak (INTIM). Saudara Khaw Lek Ming dari HCF Pulau Pinang menjadi penyampai di dalam slot yang bertema “Dakwah Di Lapangan” pada hari tersebut.

Kursus yang berlangsung selama 3 hari bermula dari 16 April hingga 18 April itu berlangsung meriah dengan kehadiran lebih kurang 50 orang mubaligh Islam dan penggerak dakwah orang asli daripada seluruh negeri Perak

Pengalaman turun ke lapangan dan bercakap mengenai Islam pada masyarakat bukan Islam menjadi cabaran dan kenangan buat semua peserta pada hari tersebut. Semoga program seperti ini dapat dianjurkan lagi di masa akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *