fbpx

Sekitar Program Jelajah Yusuf Chambers di Malaysia

Alhamdulillah, telah berakhir sudah program Jelajah Yusuf Chambers ke Malaysia baru-baru ini. Pelbagai aktiviti sama ada yang bersifat dalaman mahupun terbuka buat orang awam telah diatur bagi memastikan kehadiran pendakwah terkenal dari bumi United Kingdom ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Antara program dalaman yang diatur adalah sesi bersama staff Hidayah Centre Foundation bagi membolehkan perkongsian berjalan dengan lebih efektif dalam berkongsi pengalaman penglibatan dalam aktiviti dakwah. Sesi ini juga membuka ruang perbincangan dan perspektif yang lebih meluas dalam usaha-usaha dakwah yang dijalankan.

Sesi pertemuan bersama pentadbir dan staff ibu pejabat Hidayah Centre Foundation

Terus mempraktikkan ilmu yang diperolehi

Staff-staff, aktivis juga pendakwah Hidayah Centre Foundation seluruh Malaysia juga turut berpeluang mengikuti latihan dakwah intensif yang dijalankan dengan bimbingan Yusuf Chambers. Para peserta yang hadir dari seluruh Malaysa termasuk Sabah dan Sarawak begitu teruja sekali mempelajari teknik dakwah yang dikenali sebagai GORAP yang diperkenalkan oleh Yusuf Chambers. Program “Dakwah Master Training” ini juga turut melibatkan latihan terus untuk menambahkan keyakinan para peserta mempraktikkan ilmu yang diperolehi dengan lebih efisyen lagi.

HCF turut menganjurkan program ceramah Yusuf Chambers dengan masyarakat hasil kerjasama dengan pelbagai pihak. Yusuf Chambers berkesempatan menyampaikan perkongsian dengan pelajar-pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau juga berkesempatan berkongsi kisah penghijrahan beliau ke agama Islam bersama-sama kakitangan Petronas dalam kuliyah Zohor yang diadakan di Surau Al-Muhsinin, Menara Berkembar Petronas.

Jadual Jelajah Yusuf Chambers

Semoga program-program yang dianjurkan ini dapat memberikan kebaikan yang banyak dalam menyuburkan lagi usaha dakwah di Malaysia dan seluruh dunia. InsyaAllah.
.
Sampaikan Islam, Santuni Mualaf
.
#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top