Kunjungan Ziarah dari ONE Centre Malaysia

Melawati – Pada hari Ahad, 7 April 2019 baru-baru ini, kami di ibu pejabat Hidayah Centre Foundation menerima kunjungan ziarah dari salah seorang sahabat NGO dakwah iaitu ONE Centre Malaysia, Perlis. Rombongan seramai 15 orang staff ONE Centre Malaysia ini telah diketuai oleh Pengurus Operasinya iaitu Ustaz Muhammad Faidhi Azis.

Kunjungan ziarah ini diadakan bagi mengenali lebih rapat lagi fungsi serta operasi yang dijalankan oleh Hidayah Centre Foundation. Perbincangan juga telah diadakan bagi membincangkan kerjasama yang boleh dilakukan oleh kedua belah pihak dalam mempergiatkan lagi usaha dakwah yang dijalankan di seluruh Malaysia.


Pengurus Operasi ONE Centre Malaysia, Ustaz Muhammad Faidhi Azis menerima cenderahati dari Bendahari HCF, Tuan Hj Ir Wan Ahmad Nizar.

Semoga jalinan kerjasama yang bakal dijalankan ini dapat memastikan lebih ramai lagi manusia mendapat kefahaman mengenai agama Islam. InsyaAllah.

Sampaikan Islam, Santuni Mualaf

#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *