fbpx

Inisiatif Mursyid Dakwah Kuala Kangsar – Daurah Dakwah Daerah Kuala Kangsar Bersama HCF

Kuala Kangsar, Perak – Asatizah dakwah Kuala Kangsar telah menjayakan Daurah Dakwah Daerah Kuala Kangsar yang melibatkan asatizah-asatizah dari sekolah-sekolah kawasan Kuala Kangsar. Program yang melibatkan lebih 50 orang guru seluruh daerah Kuala Kangsar ini dimulakan dengan ucapan wakil Sektor Pendidikan Islam JPN Perak, Tuan Haji Norhanizam Bin Mohd Tajuddin, Penyelia Pengukuhan Budaya dan Nilai Islam SPI,JPN Perak.

Majlis kemudiannya di isi dengan pembentangan wakil Mursyid Dakwah yang hadir semasa Daurah Mursyid Dakwah yang diadakan pada 26 hingga 28 Februari 2019 yang lepas. Slot ini membentangkan hasil dapatan daripada daurah tersebut

Slot utama program di isi oleh saudara Wan Muhammad Wan Ibrahim daripada Hidayah Centre Foundation pusat yang menyampaikan ceramah dengan tajuk “Jom Berdakwah”.

Majlis berakhir pada jam 5.30 petang

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top