fbpx

Sukarelawan HCF bertemu di Rakan Hidayah Gathering

KUALA LUMPUR, 3 Mac — Alhamdulillah, Hidayah Centre Foundation cawangan Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Rakan Hidayah Gathering bagi mengumpulkan sukarelawan-sukarelawan bertempat di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur.

Program yang berlangsung seawal jam 8.00 pagi ini disertai kira-kira 25 orang sukarelawan dari pelbagai latar belakang dan kawasan, bagi memeriahkan program ini. Aktiviti “Rakan Hidayah Gathering” ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan mengenai peranan Hidayah Centre Foundation dan aktiviti yang dilaksanakan di peringkat pusat mahupun negeri supaya sukarelawan cakna tentang potensi mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang bersesuaian dengan kemampuan mereka.

Selain itu, program ini adalah salah satu usaha untuk mengerat silaturahim antara sukarelawan dan saling mengenali satu sama lain bagi membolehkan setiap sukarelawan bekerjasama untuk program-program yang bakal dianjurkan akan datang. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah sesi perkongsian seorang mualaf yang baru memeluk Islam selama 2 minggu Bro Victor, yang sedikit sebanyak memberi gambaran kepada sukarelawan lain hakikat kehidupan selepas memeluk Islam dan cabaran yang bakal dilalui oleh beliau.

Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa orang lagi saudara baru yang turut serta dan berkongsi perjalanan kehidupan mereka sebagai seorang saudara baru. Lebih menarik lagi, program ini turut memberi pendedahan kepada para sukarelawan berkaitan kes-kes saudara baru dan usaha menyampaikan Islam dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Para sukarelawan dibahagikan kepada 4 kumpulan dan diberi kajian kes yang pernah dikendali oleh Hidayah Centre Foundation untuk dibincangkan serta dibentangkan oleh para sukarelwan.

Semoga para sukarelawan HCF atau dikenali sebagai Rakan Hidayah ini mendapat sesuatu yang bermanfaat di samping dapat menyumbang dalam menyampaikan Islam dan menyantuni saudara baru

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top