fbpx

HCF menyampaikan Seminar Dakwah di Universiti Malaya

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Alhamdulillah, pada hari Rabu baru-baru ini, Hidayah Centre Foundation telah dijemput untuk menyampaikan pengisian dalam Seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk yang berlangsung di Balai Ilmu @ The Cube, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Seminar yang berlangsung seawal jam 8.00 pagi ini disertai kira-kira 90 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar Akademi Pengajian Islam UM. Seminar ini juga turut menjemput orang awam untuk bersama-sama menuntut ilmu berdakwah kepada masyarakat majmuk terutamanya di negara kita, Malaysia.

Barisan penceramah yang telah memberikan perkongsian pengalaman dakwah adalah Tuan Kamarul Zaman Noor Mohamed , Pengerusi Hidayah Centre Foundation Hulu Selangor. Tuan Wan Muhammad Wan Ibrahim yang menjawat jawatan Penolong Pengurus Latihan dan outreach HCF juga turut bersama-sama menyampaikan ceramah kepada kesemua peserta. Tuan Noli Husain yang merupakan Pengurus Wilayah Tengah HCF turut berkongsi pengalaman beliau menyampaiakn dakwah.

Semoga kesemua peserta yang hadir dapat menimba ilmu yang bermanfaat berkaitan dakwah dan dapat melaksanakannya kepada semua masyarakat yang belum Islam.

Sampaikan Islam, Santuni Mualaf
#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top