fbpx

Perak – Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation telah menganjurkan Daurah Mursyid Dakwah kepada 100 orang guru Pendidikan Islam di bawah Bahagian Pendidikan Islam,Kementerian Pendidikan Malaysia bagi seluruh negeri Perak pada 26 hingga 28 Februari 2019 baru-baru ini.

Program ini telah berjaya mencapai matlamatnya untuk menyuntik rasa tanggung jawab terhadap tugasan berdakwah juga memperbetulkan salah faham terhadap Islam dikalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Hidayah Centre Foundation telah diwakili oleh penceramah-penceramah berpengalaman antaranya CEO HCF, Tuan Hj Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah untuk melatih para asatizah dalam berdakwah. Antara penceramah lain yang turut serta dalam program yang dijalankan selama 3 hari ini ialah Tuan Kamarul Zaman Noor Mohamed, Tuan Wan Muhammad Wan Ibrahim dan Puan Hanita Rahim. Kesemua penceramah ini begitu aktif menjalankan aktiviti dakwah di lapangan.


Di samping pengisian yang disampaikan secara teori, para asatizah juga berpeluang menimba pengalaman turun padang ke lapangan dakwah di sekitar Perak untuk menyampaikan risalah Islam dalam aktiviti street dakwah. Para asatizah berusaha mendekati masyarakat bukan Islam yang ditemui dan menyampaikan serba sedikit pengetahuan mengenai Islam.

Sesi syahadah.

Sungguh istimewa dan bersejarah sekali aktiviti street dakwah kali ini kerana salah seorang hamba Allah yang ditemui telah menyatakan keinginannya untuk bersyahadah. Para asatizah telah membawa hamba Allah tersebut ke tempat program untuk mereka bersama-sama menyaksikan beliau bersyahadah. Alhamdulillah, pengislaman beliau pastinya menyemarakkan lagi semangat untuk para asatizah untuk tetap istiqamah berdakwah di masa akan datang.
Syukur atas kurniaan Allah, seorang hamba Allah kembali ke agama fitrah hasil usaha street dakwah yang dijalankan.

Semoga ilmu yang ditimba dan pengalaman yang dikongsi akan meningkatkan kualiti para asatizah.
Semoga usaha dakwah di Malaysia bertambah subur dengan penglibatan aktif para asatizah . InsyaAllah.

Sampaikan Islam Santuni Mualaf

#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami