fbpx

Teruja pertama kali masuk masjid selepas 10 tahun berjiran.

Petaling Jaya- Pada hari hari Sabtu, 2 Mac 2019 baru-baru ini telah berlangsung dengan meriahnya program hari terbuka Masjid Aminah Al Muhairi, SS2 Petaling Jaya. Lebih 600 orang tetamu pelbagai agama dan bangsa telah hadir memeriahkan majlis yang diadakan bermula seawal jam 9.00pagi. Program masjid terbuka yang dianjurkan ini adalah kerjasama antara Hidayah Centre Foundation, Masjid Aminah Al-Muhairi, Modern Daie Society, Pertubuhan IKRAM Malaysia kawasan Petaling Jaya. dan MBPJ.

Antara yang turut hadir ke program ini ialah ADUN Kampung Tunku, YB Lim Yi Wei yang telah menyampaikan kata-kata aluan pada majlis tersebut. Beliau menyokong dan menyambut baik usaha menganjurkan program seumpama ini yang dapat mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat sekitar yang pelbagai agama dan kaum. Beliau turut berterima kasih dan menyampaikan ucapan tahniah kepada semua yang menjayakan program ini. YB Lim Yi Wei juga turut mengambil peluang mengikuti program Mosque tour dan mengenakan hijab di booth Hijab Corner.


Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung adalah pemeriksaan kesihatan, mosque tour, hijab corner, booth “Who is Muhammad? “, booth jualan, pertandingan memanah dan jamuan makan. Aktiviti yang menjadi tumpuan adalah peluang untuk masyarakat bukan Islam masuk dan mengenali institusi masjid iaitu mosque tour. Lebih 30 orang tetamu bukan Islam tidak melepaskan peluang memasuki masjid dan mengikuti program ini. Tetamu akan diberi penerangan mengenai kegiatan juga ibadah yang dijalankan oleh orang Islam di dalam masjid.

Salah seorang tetamu yang ditemui ialah saudara Frank yang membawa bersama isteri dan dua orang anak mereka. Beliau menyatakan sangat teruja kerana beliau sekeluarga sudah lebih 10 tahun menetap di kawasan taman berhampiran masjid Aminah Al-Muhairi, tetapi inilah peluang kali pertama beliau dapat singgah dan masuk kedalam masjid. Beliau merasakan program sebegini sangat bagus untuk mengeratkan lagi hubungan sesama komuniti dan mengelakkan salah faham.
.
Semoga konsep penganjuran program masjid terbuka seperti ini dapat dianjurkan lagi di masa akan datang di masjid-masjid seluruh negara. Insyallah.

Sampaikan Islam SantuniMualaf

#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top