fbpx

Mualaf HCF bertemu jodoh.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah . Kami di Hidayah Centre Foundation mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah atas pernikahan pasangan pengantin mualaf iaitu saudari Nur Aafiyah Medina Mun Kit yang telah bertemu jodoh dengan suaminya Khairul Azhar.

Yang lebih menggembirakan beliau adalah apabila ibu serta adik beradik beliau yang berlainan agama dapat turut serta meraikan hari berbahagia mereka ini. Majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan beliau telah diadakan baru-baru ini cukup meriah sekali di Subang, Selangor.

Ucapan tahniah sekali lagi dan doa kesyukuran diucapkan buat pasangan mempelai ini,

بارك الله لكما و بارك عليكما و جمع بينكما في خير
Semoga Allah memberkahimu kalian berdua dan semoga Allah menyatukan kalian berdua dalam kebaikan.

Selamat melayari bahtera kehidupan rumahtangga dan semoga perkahwinan ini berbahagia hingga ke syurga!

Kisah penghijrahan Nur Aafiyah Medina Mun Kit ada kami tuliskan di dalam artikel kami yang lepas bertajuk Penantian 12 tahun untuk bersyahadah terlaksana jua .

Sampaikan Islam, Santuni Mualaf
#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top