Ipoh – Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation telah menganjurkan Daurah Mursyid Dakwah kepada 100 orang guru Pendidikan Islam di bawah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi seluruh negeri Perak pada 26 hingga 28 Februari 2019 baru-baru ini.
.
Sungguh istimewa dan bersejarah sekali aktiviti street dakwah kali ini kerana salah seorang hamba Allah yang ditemui telah menyatakan keinginannya untuk bersyahadah.
Penerusan daripada program ini, setiap asatizah yang hadir ke program ini bakal membawa idea dakwah ke kawasan masing-masing untuk penerusan program-program dakwah di kawasan sendiri. InshaaAllah