fbpx

Tetap bersaudara walau berlainan agama.

Kami di Hidayah Centre Foundation  pastinya cukup gembira dan teruja kerana dapat berkongsi cerita gembira dengan mualaf kami yang berbangsa Cina. Wan Ni Huang yang telah bersyahadah pada 21 Mac 2012 menceritakan pengalaman beliau kepada kami baru-baru ini. Beliau menyatakan rasa gembira kerana dapat bersama-sama merayakan sambutan Tahun Baru Cina Bersama kaum keluarganya di Ipoh, Perak.
.
“Alhamdulillah, hubungan saya bersama keluarga semakin bertambah baik bila saya dapat pulang ke kampung meraikan Tahun Baru Cina bersama ahli keluarga walaupun berlainan agama ” jelas Wan Ni Huang. Beliau yang kini bergelar Muslim sama sekali tidak akan memutuskan tali silaturrahim dengan masyarakat Cina, terutama sekali ahli keluarganya sendiri. Mereka tetap bersaudara walaupun kini Wan Ni Huang berlainan agama.

Beliau sangat gembira dapat menyertai jamuan makan besar bersama adik beradik, ibu, makcik , pakcik juga neneknya. Beliau menyatakan seluruh ahli keluarganya turut gembira kerana wujudnya sikap toleransi juga saling hormat menghormati antara satu sama lain walaupun kini mereka sudah berlainan agama.

Kesempatan cuti panjang sempena sambutan Tahun Baru Cina  ini juga diambil bagi menziarahi saudara mara  untuk bertanya khabar kepada mereka. Beliau turut berkesempatan menziarahi  kenalan-kenalannya semasa zaman persekolahan di sekitar Ipoh, Perak. Wan Ni Huang turut memberi pesanan kepada mualaf lain di luar sana supaya tetap pulang ke kampung halaman masing-masing menjalinkan hubungan silaturrahim bersama saudara mara yang terdekat.

Hubungan kekeluargaan pastinya tidak akan terputus  dengan berbezanya agama. Andai si anak yang menganut agama Islam, wajiblah ke atasnya berbuat baik dan melakukan ihsan kepada kedua-dua ibu bapanya. Sebagai Muslim juga, kita perlu berbuat baik dan ihsan kepada kaum kerabat juga jiran tetangga. Sepertimana firman Allah Taala:


Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;
(Surah An-Nisa’ ayat 36)

Semoga Wan Ni Huang sentiasa dapat menunjukkan akhlak yang baik sebagai seorang Muslim dalam pergaulan juga melayani keluarganya. Sungguh indah agama Islam ini sekiranya dapat kita jalankan dengan penuh kefahaman. Semoga ada lagi sinar hidayah yang menyapa hati saudara-mara terdekat Wan Ni Huang di masa akan datang ini. Semoga ahli keluarga ini terus dapat mengamalkan sikap toleransi dan bekerjasama dalam kehidupan seharian.
.

#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamSantuniMualaf


Persembahan tarian singa.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami