fbpx

HCF Melatih Pendakwah di Terengganu

KEMAMAN, TERENGGANU: Alhamdulillah, seramai kira-kira 60 orang peserta telah menyertai program Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk juga Ziarah Mahabbah Chinese New Year anjuran Pertubuhan IKRAM Kemaman, Hidayah Centre Foundation Kemaman, Majlis Perbandaran Kemaman dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Chukai yang telah diadakan pada hari Sabtu, 9 Februari 2019 baru-baru ini.

Program ini telah diadakan bertempat di Dewan Sri Geliga, Majlis Perbandaran Kemaman, Terengganu. Program telah dirasmikan oleh YDP IKRAM Kemaman, Muhammad Fakharuddin Abdul Kudos. Tuan Haji Zun Arif Hakim bin Abdul Rahman, Pengarah Dana Jalinan Strategik Hidayah Centre Foundation telah memberikan pengisian dalam tajuk “Jom, jadi ejen syurga!”, dakwah satu amanah , menjadi daie yang efektif dan kaedah melaksanakan street dakwah. Beliau telah berkongsi pengalamannya yang amat luas dalam menyampaikan dakwah dan menyantuni para mualaf.

Dalam majlis ini juga, telah diadakan sesi forum bertajuk “My Journey to Islam” yang terdiri daripada 3 panel mualaf yang dibawa khas ke program ini. Panel tersebut ialah  saudara Haramain dari Holland, saudara Steven Husin dari Kuala Lumpur dan saudari Ariana dari Kemaman.

Perkongsian yang disampaikan ketiga-tiga panel mualaf ini sangat menyentuh hati. Antaranya mereka menceritakan pengalaman mereka disisihkan keluarga sendiri dan bagaimana masyarakat Islam memandang serong pula pengislaman mereka. Semoga Allah tetapkan keimanan dalam agama Islam yang mereka anuti ini.

Barisan panel forum

Seterusnya, para peserta melakukan praktikal Street Dakwah, Ziarah Mahabbah Chinese New Year sambil mengedarkan 150 bungkusan hadiah untuk masyarakat bukan Islam disekitar Kemaman. Ternyata para pelajar melahirkan rasa kegembiraan dan keterujaan dapat turun menyampaikan Islam kelapangan bersama masyarakat.

Alhamdulillah, guru besar Sekolah Menengah Sultan Ismail, Chukai iaitu Puan Hamidah yang turut serta mengikuti program ini sangat berbesar hati atas program dakwah yang julung kalinya diadakan ini.  Program yang dijalankan ini dapat memberi pendedahan kepada dirinya juga pelajar-pelajar sekolahnya tentang ilmu dakwah ini. Program seumpama ini mampu menyuntik motivasi buat mereka untuk berterusan menyampaikan keindahan agama Islam ini.

Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur juga para peserta yang telah mengikuti program ini. Semoga menjadi pencetus gerakan dakwah diseluruh Terengganu dan semoga dakwah terus subur di negeri Terengganu ini.

#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamSantuniMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top