fbpx

Belajar dari Uncle Kentang!

Terima kasih kami ucapkan buat saudara Kuan Chee Heng atau yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang yang sudi meluangkan masa bertemu dengan wakil-wakil dari Hidayah Centre Foundation. Uncle Kuan begitu terkenal dengan kerja-kerja kebajikan yang dilakukannya.

Kisah-kisah beliau begitu tular di media sosial dan dapat menarik perhatian netizen. Antara perkongsian menarik yang sempat diceritakan adalah mengenai pengalaman beliau menguruskan jenazah umat Islam. Ketulusan hati beliau juga tergambar kerana beliau mempermudahkan urusan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Bayangkanlah, perkhidmatan yang beliau tawarkan hanyalah bernilai serendah sepuluh sen (RM0.10) sahaja!

Pengalaman hidup Uncle Kentang yang dilalui sebelum ini, sedikit sebanyak menjadikan hidup beliau berterusan ingin membantu sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan. Beliau juga sangat berminat membuat rujukan dengan membaca terjemahan al-quran. Beliau juga menyatakan usaha yang dilakukan sebenarnya banyak mengambil pedoman dari agama Islam. “Saya tak hebat, Islam yang hebat!” Ujar beliau.


Semoga Uncle Kentang sentiasa sihat sejahtera dan dapat meneruskan kerja-kerja kebajikan yang dilakukannya. Nantikan projek Hidayah Centre Foundation bersama beliau selepas ini, insyaAllah. Moga Allah permudahkan.

Teringat sebuah hadis mengenai membantu orang lain akan memperolehi ganjaran yang besar.
عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “أَحَبُّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ , وَأَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى سُرُورٌ تُدْخِلُهُ عَلَى مُسْلِمٍ , أَوْ تَكَشِفُ عَنْهُ كُرْبَةً , أَوْ تَقْضِي عَنْهُ دَيْنًا , أَوْ تَطْرُدُ عَنْهُ جُوعًا , وَلأَنْ أَمْشِيَ مَعَ أَخِ فِي حَاجَةٍ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَعْتَكِفَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ يَعْنِي مَسْجِدَ الْمَدِينَةِ شَهْرًا
Maksud Hadis ini, dari Ibnu ‘Umar, Nabi SAW bersabda, “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling memberikan manfaat bagi manusia. Adapun amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah membuat muslim yang lain bahagia, meringankan kesusahan orang lain, membayarkan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya. Seandainya aku berjalan bersama saudaraku untuk memenuhi suatu keperluan, maka hal itu lebih aku cintai daripada iktikaf sebulan di masjid ini iaitu masjid Nabawi di Madinah selama sebulan penuh (HR. Tobarani dalam Al Mu’jam Al Kabir no. 13280, 12: 453. Status hadis hasan dalam Sahih Al Jaami’ no. 176).
Kita yang sememangnya muslim ini perlu lebih-lebih lagi membantu orang lain dalam setiap kesempatan yang ada. Marilah kita belajar menjadi seorang yang berjiwa besar tidak kira dengan sesiapapun contoh di sekeliling kita. Jom! Belajar dari Uncle Kentang!
.
Sampaikan Islam, Santuni Mualaf.

#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top