Perjalanan Seorang Muallaf

Kami di Hidayah Centre Foundation menerima kunjungan Sis Nur Rieya Ali (nama asal beliau ialah Prema Sai) yang hadir bersama suaminya yang juga merupakan seorang mualaf, Ustaz Muhammad Ali.

Beliau telah menerbitkan sendiri buku penulisannya bertajuk ‘Perjalanan Seorang Muallaf’.

Bagi yang pernah mendengarkan kisah beliau di slot ‘Islam Agamaku’ radio Ikim.fm, pasti akan mengingati liku-liku perjalanan kehidupan beliau yang pastinya dapat memberikan inspirasi buat kita. Sebentar tadi juga beliau sempat berkongsikan kisahnya di Nasionalfm. 

Beliau juga mengikuti kelas bimbingan mualaf di ibu pejabat Hidayah Centre Foundation, Taman Melawati sebelum ini. Beliau juga aktif mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan Hidayah Centre Foundation

Buku ini berharga RM25.00 sahaja.


Kami amat kagum dengan kesungguhan beliau menyiapkan buku ini bagi berkongsi perjalanan hidup yang beliau tempuhi.

Boleh dapatkan buku ‘Perjalanan Seorang Mualaf’ tulisan Nur Rieya Ali di:
FB Nur Rieya Ali atau hubungi Muhd Ali 01116505947 atau Nur Rieya 0175736972

Semoga buku Perjalanan Seorang Muallaf ini dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada semua pembaca.

#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamSantuniMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *