fbpx

Konvensyen Dakwah Kebangsaan 2018

Konvensyen Dakwah Kebangsaan 2018 anjuran Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari Sabtu, 29 December 2018 baru-baru ini.

Konvensyen ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Ustaz Ruslan bin Said, Pengarah bahagian keluarga , sosial dan masyarakat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pengerusi Gabungan Dakwah Malaysia (GDM), Tuan Hj Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah juga telah menyampaikan ucapan alu-aluan di konvensyen tersebut.

Yang Berbahagia Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad AlBakri, Mufti Wilayah Persekutuan juga turut menyampaikan ucaptama di konvensyen yang telah dihadiri lebih 100 orang peserta dari seluruh negara. Antara yang ditekankan Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad AlBakri adalah mengenai kepentingan mendalami ilmu, menjaga akhlak mulia juga bersungguh-sungguh dalam beribadah kepada Allah.


Majlis perasmian penutup pula telah disempurnakan oleh Ustaz Hj Nik Omar Nik Abdul Aziz ,Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Dalam konvensyen ini juga turut disampaikan anugerah tokoh-tokoh pendakwah pelbagai etnik.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top