Apakah Mosque Open Day (MOOD)?

Mosque Open Day (MOOD) iaitu Hari Masjid Terbuka telah dianjurkan dengan jayanya oleh HCF sepanjang bulan Disember ini di pelbagai lokasi sekitar Malaysia.

Mosque Tour atau Jelajah Masjid sering mendapat perhatian masyarakat bukan Islam. HCF membuka seluas-luasnya pintu masjid bagi memberikan pendedahan juga penerangan dengan lebih jelas dan tepat mengenai agama Islam dan peranan masjid. MOOD juga berperanan memperbetulkan salah faham yang berkemungkinan timbul mengenai agama Islam.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa MOOD berlangsung antaranya adalah Mosque Tour, Hijab Corner: How Do I Look in Hijab,Forum, Mendengar bacaan al-quran dan pelbagai lagi.

Antara MOOD yang telah dan juga yang bakal dianjurkan sepanjang bulan Disember ini anjuran Hidayah Centre Foundation :

πŸ“2 Dis-Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Kelana Jaya. 
πŸ“8 Dis-Surau Al-Ihsan, Taman Ehsan Kepong. 
πŸ“14 Dis-Training, Masjid An Nur, Pokok Sena, Kedah. 
πŸ“18 Dis-Surau Tour, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. 
πŸ“25 Dis- Masjid Al-Huda, Sungai Ara Pulau Pinang
πŸ“25 Dis- Masjid Sharifah Fatimah, Jitra, Kedah. 
πŸ“26 Dis- Training, Masjid Sultan Idris Shah II, Teluk Intan. 
πŸ“ 29 Dis-Masjid Sultan Idris Shah II, Teluk Intan.

Berikut merupakan rakaman video di program MOOD yang sempat kami rakamkan baru-baru ini.


Mosque Open Day yang telah diadakan di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Kelana Jaya.

#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamSantuniMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *