Penyerahan Bahan Dakwah kepada Penjara.

SUNGAI BULOH-21 Disember. Tuan Haji Zun Arif Hakim, Pengarah Rangkaian Strategik Dana Khas Hidayah Centre Foundation telah hadir bersama-sama dalam majlis penyerahan bahan-bahan dakwah untuk penjara Sungai Buloh.

Bahan-bahan dakwah yang diserahkan merupakan sumbangan dari Hidayah Centre Foundation, New Muslim Care, Multiratial Reverted Muslims dan PERKIM melalui Yayasan Muallaf Malaysia.

Antara bahan-bahan dakwah yang diserahkan.

Tuan Haji Zun Arif Hakim berkesempatan berkenalan dengan seorang pegawai penjara bernama Encik Amran yang merupakan seorang orang asli berbangsa temuan yang telah memeluk Islam pada sekitar tahun 1992.

Ketua Pengarah Penjara Selangor KP Darussalam Sudin telah memberikan banyak maklumat dan pengetahuan tentang kehidupan seseorang banduan dipenjara. Menurut beliau, penjara menjadi tempat mereka belajar erti syukur. Penjara juga telah mengajar mereka erti berbuat baik sesama insan. Terdapat salah seorang banduan berpangkat Dato, pernah mengaku kesilapan yang dilakukan sewaktu berkuasa, menerima rasuah. Namun, asbab dipenjara telah menyedarkan dirinya bahawa kerakusan dunia mengundang kepada murka Allah.

Benarlah penjara itu merupakan sebuah Universiti Kehidupan terbaik bagi mereka yang ingin mencari kebenaran.

Semoga Allah swt berkati segala usaha kerdil yang dilakukan ini. Semoga bahan-bahan dakwah yang diberikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya buat semua yang terlibat di penjara. Moga ada sinar hidayah yang terbit disebalik kegelapan juga kesilapan lampau yang dilakukan para banduan.

Terima kasih juga kami ucapkan buat Puan Shila Lama yang sudi menjemput Hidayah Centre Foundation berkongsi pahala juga menabur benih-benih amal di penjara.

Tuan Hj Zun Arif Hakim juga sempat mengingatkan dirinya juga pegawai-pegawai penjara dengan sepotong hadith Nabi Muhamnad saw. “Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada orang lain”

#HidayahCentreFoundation #SampaikanIslamSantuniMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *