fbpx

BUTA?

Kring… kring..kring.. telefon pejabat kami berdering-dering.

“Assalamualaikum. Hidayah Centre Foundation. Azrul disini,boleh saya bantu?” 

“Waalaikumsalam.. ni Hidayah Centre ke? yang keluar kat radio ikim?” 

“oh…iya, Hidayah Centre ni.” 

“Alhamdulillah, dapat juga pakcik telefon. Pakcik ni, dail nombor ni pun tak nampak butang telefon. Nasib-nasib jelah kalau betul. Pakcik telefon dari Terengganu ni. Pakcik ni buta, xnampak apa-apa” 

“Allahu pakcik, moga Allah mudahkan. Ada yang boleh saya bantu?” 

“Pakcik ni, nak beri sumbangan untuk kerja-kerja dakwah Hidayah Centre Foundation. Pakcik nak ikut sekali berdakwah, tak mampu. Jadi pakcik beri sumbangan untuk dakwah. Semoga dakwah Hidayah Centre Foundation berterusan.” 

Tersentak dibuatnya. Jeda lama. Hilang kata-kata. Termangu seketika Azrul sebelum membantu pakcik tersebut untuk proses seterusnya. 
 
Pakcik yang buta tapi celik hatinya ini, bersungguh mahu memberikan kebaikan dan mahu membantu walau dalam keadaan dirinya yang serba kekurangan. Peristiwa ini membuatkan kami semua bermuahasabah diri. 

Terngiang-ngiang bait lagu nyanyian Caliph Busker dan Faizal Tahir bertajuk Buta.? 

Pejamkan Mata dengarkan saja
Apa Di minda
Apakah Semua yang zahir dimata
Takkan Pernah berdusta

Ceritakanlah Pada aku
Agar Ku faham dunia

Tuhan
Segalanya Telah engkau tentukan
Terangi Saja hatiku
Maaf Ku selalu terlupa
Mensyukuri Semuanya

Andai Mampu ku lihat semua
Adakah Ku sempurna
Atau Kerna mataku yang leka
Membuat Ku berdosa

Ceritakanlah Pada aku
Agar Ku faham dunia

Tuhan
Segalanya Telah engkau tentukan
Terangi Saja hatiku
Maaf Ku selalu terlupa
Mensyukuri Semuanya
.
Buta? Buta hati atau mata? 
????
.
#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamSantuniMualaf
#AnsarInitiative

Maaf Ku selalu terlupa
Mensyukuri Semuanya
.
Buta? Buta hati atau mata? 
????
.
#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamSantuniMualaf
#AnsarInitiative

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top