fbpx

Kupi-kupi dekat di hati.

KEPONG- Buat julung kalinya, program ‘Kupi-Kupi’  telah berlangsung dengan  sungguh meriah sekali pada hari Ahad, 9 Disember 2018  di Laman Rumah Terengganu, FRIM Kepong.

Para peserta sedang menyusun strategi dalam pertandingan sukaneka

Program anjuran Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim Malaysia yang dikenali sebagai Momogun Muslim Negeri Selangor yang  bertujuan mengeratkan ukhuwah dan memelihara budaya  bagi masyarakat pelbagai etnik dari negeri Sabah yang kini berada di semenanjung Malaysia. 

Program ini telah dihadiri hampir 50 orang peserta yang terdiri daripada mereka yang beragama Islam dan bukan beragama Islam. Rata-rata masyarakat yang berasal dari Sabah ini telah menetap lama sama ada disebabkan pekerjaan , perkahwinan atau belajar di semenanjung Malaysia.

Program yang berkonsepkan hari keluarga ini sungguh meriah sekali dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah sukaneka , cabutan bertuah, kerusi panas, explorace juga dadu besar. Telah diadakan juga pameran pakaian, alat muzik juga kebudayaan pelbagai etnik di Sabah. Pertandingan nasyid yang begitu istimewa pula telah menampilkan barisan mualaf yang diberi gelaran kumpulan Nur Burairah.

Program yang berlangsung seawal jam 9.00 pagi ini juga menyediakan aktiviti free market atau pasar percuma dimana semua peserta boleh memberikan barangan atau menerimanya secara percuma. Para peserta juga kelihatan begitu gembira kerana terdapat pelbagai makanan etnik Sabah turut disediakan yang pastinya begitu membuka selera. Rata-rata para peserta begitu ceria dan gembira dapat bertemu teman-teman dan bertukar-tukar cerita. Ada di kalangan peserta yang turut bertutur dalam bahasa etnik mereka. 

Pada sebelah petangnya pula diadakan acara sukaneka, explorace dan cabutan bertuah. Pelbagai gelagat dilihat yang pastinya menceriakan suasana sepanjang program berlangsung. Turut hadir dan menyertai aktiviti yang dijalankan adalah Tuan Haji Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah, Penaung Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim Malaysia dan Ustaz Mustaffa selaku Pengerusi Pertubuhan Momogun Muslim Negeri Selangor.

#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamSantuniMualaf
#MomogunMuslim

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top