Sungguh menenangkan jiwa mendengar Al-Quran

Tahukah anda? antara aktiviti yang menjadi tumpuan pelawat yang hadir ke program Mosque Open Day (MOOD) selain mosque tour ialah aktiviti di booth “Listen to Your Heart” dan photobooth Hijab Corner, “How Do I Look in Hijab?”. Baru-baru ini, Hidayah Centre Foundation bekerjasama dengan Majlis Perwakilan Penduduk Zon 22 Petailng Jaya  menganjurkan Mosque Open Day pada hari Ahad, 2 Disember 2018  di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Kelana Jaya, Selangor. 

Andrew Teh Chuang Peng sedang mendengar ayat al-quran.


Salah seorang pelawat yang ditemui iaitu saudara Andrew Teh Chuang Peng, fisioterapi dari Pusat Kesihatan dan Rehabilitasi sungguh teruja kerana berpeluang mendengar ayat alquran yang dipasangkan oleh sukarelawan Rakan Hidayah. Katanya, ayat al-quran yang didengarnya kepadanya sungguh menenangkan jiwa. 

Sukarelawan Rakan Hidayah membantu pelawat mengenakan tudung

Para pelawat wanita yang hadir juga tidak melepaskan peluang mengenakan tudung di sudut Hijab Corner. Para sukarelawan Rakan Hidayah dengan begitu mesra sekali membantu para pelawat wanita yang berhasrat memakai tudung. Salah seorang pelawat berbangsa Cina iaitu Xing, menyatakan beliau merasa sangat selamat bila memakai tudung selain terasa lebih cantik. 
.
Rata-rata pelawat yang menyertai acara di sudut Hijab Corner: How Do I Look in Hijab? begitu teruja kerana pertama kali berpeluang memakai tudung. 
.
Aktiviti-aktiviti ini antara yang dijalankan semasa berlangsungnya program Hari Masjid Terbuka yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Penduduk Zon 22, Majlis Perbandaran Petaling Jaya dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation dan IKRAMTeens.


#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamSantuniMualaf
#MosqueOpenDay
#HijabCorner

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *